top of page
Writer's pictureThe Buttery Bites

Resepi Kuih Talam Berlauk Daging


Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

Assalamualaikum readers...


Salah satu kuih kegemaran saya ialah kuih talam berlauk daging. Saya kurang suka kuih-muih yang manis, tapi lebih suka kuih-muih yang savory dan berlauk seperti talam berlauk daging ni.

Biasanya kuih talam berlauk daging ni dibuat di dalam loyang. Mula-mula kita sediakan dahulu inti dagingnya. Inti daging ini ditumis bersama bawang dan rempah kari. Ada juga yang menggunakan rempah sup atau rempah kurma. Saya menggunakan rempah kurma untuk kuih talam daging saya kali ni sebab rempah kari kebetulan telah habis.

Selepas menyediakan intinya, barulah kita siapkan adunan talam. Adunan talam ini terdiri dari tiga jenis tepung - tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung. Memandangkan kuih talam ini jenis yang berlauk, kita tidak menggunakan gula di dalam adunan talam, hanya garam dan santan sahaja yang kita gunakan.


Tonton Video di Sini 👇



Saya menggunakan acuan apam untuk membuat kuih talam berlauk ni sebab ianya nampak lebih cantik. Tambahan pula, kuih akan lebih cepat sejuk dan tak perlu bersusah payah nak potong, kita keluarkan saja dari acuan kemudian dah boleh terus dihidang. Masa mengukus juga lebih singkat kalau kita pakai acuan kuih apam disebabkan saiznya yang kecil berbanding kalau kita kukus di dalam loyang.


Untuk satu adunan ni anda boleh dapat dalam 34 keping kuih talam berlauk. Hehe..banyak kan? Kalau tak habis makan kuih talam ni bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Kuih ni boleh bertahan selama 3 hari dalam peti sejuk. Peti sejuk ya, bukan freezer.


Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

Tekstur kuih talam ni memang lembut dan bergedik je, tidak terlalu lembik atau keras. Rasanya kuihnya lemak-lemak masin, dengan inti daging yang berempah. Ditambah pula dengan rasa hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan pedas-pedas dari hirisan cili merah. Memang menyelerakan!


Cara menyimpan Kuih Talam Daging :

Kuih talam boleh bertahan selama 1 hari pada suhu bilik. Untuk menyimpan baki kuih yang tak habis, boleh simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Kuih boleh bertahan sampai 3 hari dalam peti sejuk. Untuk menikmatinya semula, tak perlu kukus semula kuih, kuih boleh terus dihidangkan sejuk.


Selamat mencuba!


Kuih Talam Berlauk Daging


Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging


Kategori : Kuih Melayu

Masa Penyediaan : 25 minit

Masa Mengukus : 23 minit

Jumlah Hidangan : Anggaran 34 keping


INTI DAGING


Bahan-bahan :


2 - 3 sudu besar minyak masak

1/2 biji bawang besar (potong dadu)

2 ulas bawang putih (cincang halus)

2 sudu besar rempah kurma/kari daging/sup

1 sudu besar serbuk ketumbar

1/3 cawan air

1/2 kiub pati daging (optional, tak letak pun boleh)

1 peket daging kisar (290 gm - 300 gm)

Serbuk lada sulah secukupnya

Garam secukupnya



Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging


Cara Membuat :


  1. Panaskan minyak di dalam kuali.

  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan harum.

  3. Masukkan rempah kurma/sup/kari daging dan serbuk ketumbar dan tumis sebentar.

  4. Masukkan air dan kiub pati daging. Kacau sebati dan tumis sehingga rempah garing.

  5. Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging bertukar warna pucat.

  6. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam. Kacau sebati dan padamkan api.

  7. Biarkan inti sejuk.


ADUNAN TALAM


Bahan-bahan :

200 gm tepung beras | 1 & 3/4 cawan

45 gm tepung gandum | 1/3 cawan

15 gm tepung jagung | 1/8 cawan

1 sudu teh garam

200 ml krim santan KARA | 1 kotak kecil

780 ml air | 3 & 1/8 cawan


Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

Cara Membuat :

  1. Di dalam mangkuk pengadun, campur bersama tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan garam. Whisk sebati.

  2. Campurkan krim santan KARA dengan air dan tuang dengan bertahap ke dalam adunan, whisk sebati sehingga tiada ketulan.

  3. Tapis adunan ke dalam periuk dan masak sekejap menggunakan api sederhana rendah sehingga naik wap. Kacau selalu untuk elak bahagian bawah dari berkerak.

  4. Setelah naik wap (dalam 4-5 minit), padamkan api dan pindahkan adunan ke dalam jag supaya mudah untuk tuang ke dalam acuan nanti.

HIASAN :

Hirisan daun sup

Hirisan daun bawang (saya tak letak)

Bawang goreng

Hirisan cili merah


Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

Cara Mengukus Kuih Talam :

  1. Panaskan pengukus.

  2. Oles acuan kuih lompang atau acuan kuih apam dengan minyak masak.

  3. Tuang adunan talam sehingga separuh acuan.

  4. Sudukan sedikit inti daging dan taburkan sedikit bawang goreng.

  5. Tuang lagi adunan talam sehingga 3/4 penuh. Tinggalkan sedikit adunan untuk bahagian atas.

  6. Kukus selama 15 ke 18 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain tebal supaya wap air tidak menitik di atas kuih.

  7. Selepas 18 minit, buka penutup pengukus dan kecilkan api.

  8. Sudukan inti daging di atas kuih, taburkan bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang dan letak hirisan cili merah.

  9. Tuang sedikit adunan talam supaya hiasan melekat dan kukus semula selama 5 minit.

  10. Sejukkan kuih sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan.

  11. Kuih sedia dihidang.


Resepi Kuih Talam Berlauk Daging
Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

1 view0 comments

Comments


bottom of page