top of page
Writer's pictureThe Buttery Bites

Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup

Updated: May 7, 2023


Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup
Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup

Assalamualaikum readers...


Kali ni saya nak share salah satu variasi biskut Nestum yang boleh dicuba untuk Lebaran nanti. Biskut Nestum ini istimewa kerana selain rasa Nestum yang harum, biskut ini juga kaya dengan rasa pandan dengan sedikit rasa lemak dari krim santan dan krimer.


Sebenarnya saya tak rancang pun nak buat biskut Nestum pandan ni, asalnya saya nak buat biskut Nestum biasa je, tapi memandangkan my Hubby suka sangat dengan pandan, so saya gabungkan Nestum dengan pandan emulco, maka jadilah biskut Nestum pandan yang rangup dan harum ni.


Biskut Nestum pandan ni bukanlah biskut yang moden, dah berzaman orang buat biskut ni, cuma kali ni saya modenkan sikit rasanya dengan menambahkan krim santan dan krimer Coffee Mate.

Hasilnya, biskut Nestum pandan ni bertambah rich dan lemak rasanya, memang sedap , lebih-lebih lagi bila biskut ni kita overbaked sikit.



Tonton Video Di Sini 👇



Untuk biskut Nestum pandan ni, anda boleh pakai apa saja penerap biskut yang anda suka. Kali ini saya banyak pakai penerap biskut berbentuk bunga, entah kenapa mood biskut tahun ni berbunga-bunga je pattern dia. 😅



Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup
Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup

Rasa biskut ni tidak terlalu manis, manisnya sedang-sedang je sebab kami kurang minat makan biskut yang terlalu manis.


Bagi anda yang minat biskut berasaskan pandan ni, bolehlah cuba variasi biskut pandan ni pula. Sebaiknya, pakai pandan emulco sebab rasanya lebih sedap dan wangi. Tambahan pula, kalau anda pakai pandan emulco atau pes pandan ni, anda dah tak perlu nak tambah pewarna hijau lagi sebab warnanya dah pun cantik.


Selamat mencuba!


Biskut Nestum Pandan Rangup


Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup
Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup

Kategori : Biskut Raya, Biskut Berterap (Rolled Cookies)

Masa Penyediaan : 25 minit

Masa Membakar : 30 minit

Jumlah Biskut : Anggaran 76 keping


BAHAN- BAHAN

125 gram mentega bergaram (lembutkan) / marjerin | 1/2 cawan

42 gram gula pasir kisar halus | 1/4 cawan * kisar dahulu gula sebelum sukat dengan cawan metrik.

30 gram krim santan | 2 sudu besar

1 sudu teh pes pandan/ pandan emulco

30 gram krimer Coffee Mate | 1/4 cawan

30 gram Nestum | 1/2 cawan

28 gram tepung kastad | 1/4 cawan

55 gram tepung jagung | 1/2 cawan

120 gram tepung gandum | 3/4 cawan & 3 sudu besar

2 gram baking powder | 1 sudu teh


Hiasan :


Glis telur : 1 biji kuning telur + 1 sudu teh air/susu + 1/4 sudu teh pewarna kuning

Nestum secukupnya



CARA MEMBUAT :


  1. Bakar Nestum selama 5 minit pada suhu 160℃. Ketuhar dipanaskan terlebih dahulu ya. Kemudian, kisar halus Nestum. Ketepikan dahulu.

  2. Di dalam mangkuk pengadun, whisk mentega bersama gula sehingga sebati dan sedikit pucat. Tak perlu putar sampai kembang.

  3. Masukkan krim santan dan pes pandan dan kacau sebati.

  4. Masukkan Nestum yang dikisar dan krimer dan kacau sebati.

  5. Ayak bersama tepung kastad, tepung jagung, baking powder dan tepung gandum ke dalam adunan. Adun sehingga menjadi doh.

  6. Bungkus doh dengan cling wrap atau masukkan doh dalam bekas bertutup dan rehatkan doh dalam peti sejuk selama 30 minit supaya hasil biskut kemas bila diterap.

  7. Panaskan ketuhar pada suhu 160℃.

  8. Selepas 30 minit, canai doh setebal 0.8 cm ke 1 cm kemudian terap menggunakan acuan pilihan. Celup penerap biskut dalam tepung dahulu kemudian hentak perlahan supaya baki tepung tertanggal dari acuan sebelum menerap doh.

  9. Susun biskut di atas loyang yang telah diglis dengan mentega atau dialas dengan kertas pembakar.

  10. Oles permukaan biskut dengan glis telur dan taburkan Nestum.

  11. Bakar biskut selama 25 ke 30 minit pada rak tengah atau rak kedua bawah (saya pakai rak kedua bawah ya), menggunakan api atas bawah.

  12. Sejukkan biskut sepenuhnya di atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup
Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup

Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup
Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup


Comments


bottom of page