top of page
Writer's pictureThe Buttery Bites

Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple


Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

Assalamualaikum readers...


Salah satu menu pizza yang popular tentunya pizza dengan isian ayam BBQ yang lazat, dengan sedikit rasa karamel, manis , masam dan smokey.

Pizza ayam BBQ ni cara membuatnya sama seperti pizza lain, mula-mula kita kena sediakan doh pizza dahulu, kemudian, sementara kita proofingkan doh pizza bolehlah sediakan bahan untuk isian pizza.


Memandangkan sekarang ni tengah sibuk orang buat open house raya kan, so, saya ilhamkan idea untuk membuat pizza yang bersaiz kecil atau mini yang sesuai untuk dijadikan salah satu hidangan untuk open house dan juga jamuan lain seperti jamuan hari jadi.

Pizza ayam BBQ ni sesuai dihidang ketika panas, jadi, kalau anda rancang nak buat pizza mini ni untuk jamuan atau open house, anda boleh sediakan dahulu roti pizza dan bahan isian ayam BBQ sehari sebelum majlis.


Roti pizza yang telah diproofing dan dibentuk boleh dioles permukaannya dengan minyak zaitun atau minyak sayuran untuk permukaannya tidak kering, kemudian, bakar base roti pizza sekejap, dalam 10 ke 15 minit pada suhu 180℃ sehingga sedikit keperangan. Sejukkan dahulu base pizza.


Untuk menyimpan base pizza yang telah sejuk, susun base pizza di dalam bekas bertutup dan letak sekeping kertas pembakar/plastik di setiap lapisan base pizza untuk elak pizza melekat antara satu sama lain.


Base pizza yang telah di bakar sebentar boleh bertahan sampai seminggu dalam peti sejuk atau sebulan dalam freezer.



Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

Isian untuk pizza BBQ ayam ni boleh disediakan awal supaya tak kelam kabut untuk menyiapkan pizza pada hari jamuan atau open house. Ketulan isi ayam bole diperap dengan bahan perapan dahulu kemudian masukkan di dalam bekas yang bertutup atau Ziploc bag dan boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman atau dalam freezer sehngga 2 ke 3 hari.

Jika bahan perapan disimpan dalam freezer, keluarkan dari freezer dan biarkan pada suhu bilik selama 2 ke 3 jam sehingga bahan perapan lembut sebelum digrill sehingga masak.


Untuk sos BBQ, anda boleh dapati dengan mudah di pasaran. Ada pelbagai jenama sos BBQ, antara yang popular ialah sos BBQ dari jenama Heinz, Kimball dan Knorr. Untuk pizza ayam BBQ ni, saya pakai jenama Life.


Kalau rajin, boleh juga kalau nak DIY sos BBQ ni. Sebelum ni, saya pernah buat sendiri je sos BBQ ni untuk membuat pizza BBQ ayam. Masa tu, disebabkan saya tak plan awal nak buat pizza BBQ ayam, disebabkan itu, saya takde stok sos BBQ ayam di rumah. Itu yang terpaksa buat sendiri saja sosnya. Saya Google je resepinya, ada banyak resepi sos BBQ homemade yang anda boleh buat rujukan.


Tonton Video Di Sini 👇



Biasanya, pizza BBQ ayam ni menggunakan bahan isian yang simple. Isian untuk pizza ni biasanya ialah isi ayam yang diperap dengan sos BBQ dan bahan lain dan dipanggang sehingga garing, hirisan bawang besar dan semestinya keju Mozzarella dan sos BBQ.

Biasanya kita pakai bawang besar Holland untuk membuat topping pizza sebab rasanya lebih manis, tidak terlalu pedas dan tesktur bawang yang lebih rangup. Tapi, untuk pizza BBQ ayam ni, anda boleh je pakai hirisan bawang besar yang warna ungu tu, warnanya lebih cantik setelah pizza dibakar.


Saya tambah hirisan buah zaitun hitam untuk hiasan pada pizza sebab nak habiskan stok buah zaitun hitam yang ada di rumah. Kalau takde, tak perlu letak ya. Letak saja bahan apa yang available di rumah.


Base pizza mini ni saya pakai tepung gandum sepenuhnya. Teskturnya tetap lembut seperti roti cuma personally, saya lebih suka base pizza yang menggunakan tepung roti atau tepung berprotein tinggi dan dicampur dengan sedikit tepung gandum sebab teskturnya lebih chewy dan ringan.

Tapi kalau anda takde tepung roti boleh saja pakai tepung gandum seperti dalam resepi ni ya.

Tutorialnya saya uli menggunakan tangan saja, tapi kalau anda nak uli pakai mesin breadmaker atau standmixer pun boleh, lebih mudah, tak perlu memerah tenaga.


Selamat mencuba!

Pizza Mini BBQ Ayam


Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

Kategori : Roti & Pizza

Masa Penyediaan : 30 minit

Masa Proofing : 1 jam 15 minit

Masa Membakar : 20 minit

Jumlah Hidangan : 16 keping


BAHAN-BAHAN

Doh Pizza :


125 ml susu penuh krim/susu segar (suhu bilik) | 1/2 cawan

125 ml air suam | 1/2 cawan

5 gram yis kering segera | 2 sudu teh

12 gram gula pasir halus | 1 sudu besar

45 ml minyak zaitun/minyak sayuran | 3 sudu besar

405 gram tepung gandum | 3 & 1/4 cawan

4 gram bread improver | 1 sudu teh *optional

5 gram garam | 1 & 1/4 sudu teh


Isian Ayam BBQ :


400 gram dada ayam (potong kecil)

1/3 cawan sos BBQ

1 sudu besar sos Worcestershire * optional

1 sudu teh paprika

Sedikit garam

2 ulas bawang putih (parut/tumbuk halus)

1 sudu besar minyak sayuran/ minyak masak


Bahan Lain :


Parutan keju Mozzarella

Hirisan buah zaitun hitam * optional

Kernel jagung manis / hirisan lada benggala * optional

Hirisan bawang besar

Sos BBQ secukupnya


CARA MEMBUAT


Doh Pizza :

Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

  1. Di dalam mangkuk pengadun, campur bersama susu, air, gula, yis dan minyak. Kacau sebentar menggunakan spatula/whisk tangan.

  2. Masukkan tepung, garam dan bread improver dan adun sampai menjadi doh.

  3. Pindahkan doh ke atas papan pencanai dan uli dalam 10 ke 15 minit, sehingga doh lembut dan elastik.

  4. Setelah doh lembut dan elastik, bulatkan doh dan masukkan semula doh ke dalam mangkuk pengadun yang telah dioles dengan sedikit minyak. Oles juga permukaaan doh supaya doh tidak kering.

  5. Tutup mangkuk dengan cling wrap/ tuala lembap dan rehatkan selama 1 jam, atau sehingga doh mengembang sebanyak dua kali ganda.


Isian Ayam BBQ :


Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

  1. Di dalam mangkuk, gaul bersama ketulan ayam bersama sos BBQ, sos Worcestershire, bawang putih, serbuk paprika dan sedikit garam. Perap sebentar pada suhu bilik, dalam 10 minit.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali anti-lekat, setelah panas, goreng isi ayam dengan api sederhana ke sederhana tinggi, sehingga jus ayam kering dan ayam sedikit keperangan.

  3. Angkat dan ketepikan dahulu.


Membentuk & Membakar Mini Pizza :


Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200℃.

  2. Selepas doh mengembang dua kali ganda, tumbuk doh untuk kempiskan doh. Tabur tepung gandum secukupnya pada papan pencanai dan pindahkan doh ke atasnya.

  3. Canai doh setebal anggaran 0.5 cm dan terap menggunakan acuan bulat berdiameter 10 cm supaya saiz doh sekata. Selain itu, boleh juga kalau nak bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, bulat-bulatkan kemudian canai satu per satu.

  4. Susun doh pizza di atas loyang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar/silicon mat atau digris dengan mentega. Tutup dengan plastik/kain bersih dan rehatkan 15 minit.

  5. Selepas 15 minit, tekan bahagian tengah doh menggunakan belakang ramekin atau mangkuk kecil. Celup belakangnya dengan tepung dahulu supaya tidak melekat.

  6. Cucuk-cucuk bahagian tengah doh pizza menggunakan garfu supaya bahagian tengahnya tidak menggelembung sewaktu dibakar.

  7. Sudukan sos BBQ di bahagian tengah pizza kemudian ratakan.

  8. Tabur parutan keju Mozzarella, diikuti dengan isian ayam BBQ. Tabur sedikit kernel jagung manis, kemudian tabur lagi keju Mozzarella.

  9. Bakar selama 18 ke 20 minit pada rak tengah atau rak kedua dari bawah dengan menggunakan api atas bawah, sehingga bahagian tepi pizza sedikit keperangan dan keju telah cair sepenuhnya.

  10. Mini pizza sedia dihidang sementara masih panas.

Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple
Resepi Pizza Mini BBQ Ayam Simple

4 views0 comments

Kommentare


bottom of page