Assalamualaikum readers...
Salah satu olahan biskut mentega atau butter cookies yang paling mudah ialah dengan meletakkan kekacang seperti badam, walnut, kacang gajus dan juga kacang pistachio.
Butter cookies kali ni saya menggunakan kacang pistachio sebagai bahan utamanya. Ada dua versi - versi asli atau plain butter cookies dan versi coklat atau chocolate butter cookies. Yang bestnya, biskut ini tidak menggunakan telur!
Untuk mendapatkan rasa kacang pistachio yang lebih sedap dan harum, bakar dahulu kacang pistachio pada suhu 130℃ sekitar 15 minit sebelum digunakan. Kacang pistachio yang telah dibakar bukan saja tak rasa mentah, tetapi teksturnya pun lebih garing, jadi takdelah lemau biskut kita nanti. Kacang yang telah dibakar disejukkan sebentar sebelum dikisar supaya tekturnya tak jadi macam pes. Jangan lupa sisihkan sebahagian kacang pistachio yang telah dibakar untuk ditumbuk kasar sebagai hiasan cookies nanti.
Tonton Video Di Sini 👇
Pistachio butter cookies ni bukan saja sesuai dihidangkan waktu raya, tetapi juga sedap dijadikan kudapan sambil layan K-drama, hehe..jadi, tak perlu tunggu raya pun dah boleh buat cookies ni.
Selamat mencuba!
Biskut Pistachio Tanpa Telur (Perisa Original)
Jumlah Biskut : Anggaran 50 keping
BAHAN-BAHAN :
125 gm mentega bergaram (lembut)/ marjerin | 1/2 cawan
45 gm gula icing | 1/3 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
30 gm tepung jagung | 1/4 cawan
125 gm tepung gandum | 1 cawan
16 gm susu tepung | 2 sudu besar
20 gm kacang pistachio kisar | 1/8 cawan (sukat kacang sebelum dikisar)
CARA MEMBUAT :
Panaskan ketuhar 130℃ selama 5 minit. Panggang kacang pistachio selama 12 ke 15 minit. Setelah kacang pistachio suam, kisar halus.
Di dalam mangkuk pengadun, whisk bersama mentega/ marjerin bersama gula icing yang telah diayak sehingga adunan pucat. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
Ayak bersama tepung jagung, tepung gandum dan susu tepung ke dalam adunan dan adun sebati.
Masukkan kacang pistachio yang dah dikisar dan adun sebati.
Masukkan adunan ke dalam beg plastik piping. Boleh gunakan nozel wilton 1M atau nozel yang bersesuaian seperti nozel french star atau nozel untuk butter cookies.
Paipkan doh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan macaroon mat atau baking paper. Jarakkan sedikit antara biskut.
Panaskan ketuhar 160℃ selama 10 minit & bakar biskut menggunakan api atas bawah, pada rak tengah atau rak kedua dari bawah selama 20 ke 25 minit.
Setelah biskut masak, sejukkan sebelum dihias dengan coklat masakan atau disimpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Pistachio Tanpa Telur (Perisa Coklat)
Jumlah Biskut : Anggaran 50 keping
BAHAN-BAHAN :
125 gm mentega bergaram (lembut)/ marjerin | 1/2 cawan
75 gm gula icing | 1/2 cawan & 1 sudu besar
1/2 sudu teh esen vanilla
30 gm tepung jagung | 1/4 cawan
103 gm tepung gandum | 3/4 cawan & 1 sudu besar
16 gm susu tepung | 2 sudu besar
15 gm serbuk koko | 3 sudu besar
20 gm kacang pistachio kisar | 1/8 cawan (sukat kacang sebelum dikisar)
CARA MEMBUAT :
Panaskan ketuhar 130℃ selama 5 minit. Panggang kacang pistachio selama 12 ke 15 minit. Setelah kacang pistachio suam, kisar halus.
Di dalam mangkuk pengadun, whisk bersama mentega/ marjerin bersama gula icing yang telah diayak sehingga adunan pucat. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
Ayak bersama tepung jagung, tepung gandum, serbuk koko dan susu tepung ke dalam adunan dan adun sebati.
Masukkan kacang pistachio yang dah dikisar dan adun sebati.
Masukkan adunan ke dalam beg plastik piping. Boleh gunakan nozel wilton 1M atau nozel yang bersesuaian seperti nozel french star atau nozel untuk butter cookies.
Paipkan doh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan macaroon mat atau baking paper. Jarakkan sedikit antara biskut.
Panaskan ketuhar 160℃ selama 10 minit & bakar biskut menggunakan api atas bawah, pada rak tengah atau rak kedua dari bawah selama 20 ke 25 minit.
Setelah biskut masak, sejukkan sebelum dihias dengan coklat masakan atau disimpan dalam bekas kedap udara.
HIASAN :
50 gm coklat masakan putih
50 gm coklat masakan gelap
20 gm kacang pistachio | 1/8 cawan (kisar kasar)
CARA MENGHIAS BISKUT :
Panaskan ketuhar 130℃ selama 5 minit. Panggang kacang pistachio selama 12 ke 15 minit. Setelah kacang pistachio suam, kisar kasar.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil/ cairkan menggunakan microwave. Tambahkan 1 ke 2 sudu minyak jagung jika coklat terlalu pekat.
Celupkan sebahagian biskut yang telah sejuk ke dalam coklat masakan dan hias dengan kacang pistachio.
Tunggu coklat mengeras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Comments