top of page
Writer's pictureThe Buttery Bites

Resepi Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut

Updated: Apr 30, 2023



Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel



Assalamualaikum..


Biskut suji merupakan antara salah satu biskut yang dinanti-nantikan terutamanya bila menjelangnya musim perayaan Deepavali dan Hari Raya AIdilfitri.

Biskut suji kadang-kadang dipanggil sebagai biskut Arab dengan menggunakan bahan utama seperti Ghee atau minyak sapi, gula icing/gula pasir yang dikisar halus dan tepung gandum.

Untuk menambah rasa, doh untuk biskut suji boleh ditambah dengan susu tepung, tepung suji/Semolina, tepung jagung untuk menambah kerangupan pada biskut dan baking powder supaya biskut sedikit mengembang.


Pada asalnya, saya ingin kongsikan resepi biskut suji yang biasa untuk perayaan Deepavali baru-baru ini, memandangkan saya memang menerima tempahan biskut suji dari pelanggan saya.

Tetapi saya ubah fikiran pada saat akhir untuk membuat biskut suji mentega kacang memandangkan sudah agak ramai Indian bakers yang sudahpun berkongsi resepi biskut suji mereka yang tampak menarik dan sedap di Youtube.

Resepi biskut suji yang biasa tu mungkin saya akan kongsikan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun depan ya.


Biskut suji mentega kacang ini saya tambahkan sedikit mentega kacang di dalam dohnya sementara untuk hiasannya, saya taburkan dengan kacang tanah yang saya telah sangai, buang kulitnya dan dikisar kasar.

Mentega kacang tidak perlu terlalu banyak supaya rasa mentega kacang tidak mendominasi keseluruhan rasa biskut, kita mahukan biskut suji kita masih ada rasa signature biskut suji iaitu ghee dan tepung suji, hanya ditambah sedikit rasa mentega kacang sahaja.

Biskut ini tidak menggunakan telur pada adunan biskutnya, sebaliknya hanya menggunakan sedikit putih telur untuk dioles pada permukaan biskut untuk melekatkan taburan kacang tanah kisar.


Sebelum ini saya pernah membuat biskut suji mentega kacang ini, cuma saya belum pernah berkongsi resepinya.

Biskut suji mentega kacang versi lama saya hanya dibulat-bulatkan, ditabur sedikit kacang tanah kisar di bahagian tengah, kemudian disalut dengan gula icing setelah biskut suam.

Versi biskut lama ni manis sikit sebab ada gula icing, tapi rasanya sama sedap.

Cuma sekarang ni saya agak kurang membuat biskut yang terlalu manis disebabkan keluarga saya kurang suka biskut yang terlebih manis.


Rahsia biskut suji yang sedap sebenarnya terletak pada jenis ghee yang digunakan.

Jika ghee yang digunakan rasanya sedap, maka sedaplah kejadian biskut suji kita.

Setakat ini, saya hanya menggunakan ghee berjenama QBB atau Enrico sahaja untuk membuat biskut yang menggunakan ghee.

Saya pernah menggunakan ghee berjenama Windmill yang harganya lebih murah, tapi sayang, rasanya tidak terlalu enak dan selemak rasa ghee dari jenama QBB atau Enrico.

Kesimpulannya, jangan sayang untuk keluarkan duit jika anda mahukan keluarga dan tetamu anda menikmati biskut suji homemade anda yang sedap.





Klik pautan video di bawah ini untuk menonton langkah demi langkah tentang cara untuk menyediakan biskut suji mentega kacang yang sedap ni:






Berapa lama biskut suji mentega kacang ini boleh bertahan?


  • Biskut suji mentega kacang yang disimpan di dalam bekas kedap udara, diseal dengan salotape dan diletak silica gel (gel penyerap oksigen) boleh bertahan selama 2 bulan pada suhu bilik.

  • Manakala, biskut yang telah dibuka sealnya dengan silica gel boleh bertahan selama 1.5 bulan.

  • Jika biskut disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh bertahan sehingga 3 ke 4 bulan.



Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


Biasanya, saya suka simpan biskut saya dalam peti sebab pertama, nak elak semut dari menyelit masuk ke dalam balang biskut.

Kedua, biskut yang dimasukkan di dalam peti sejuk teksturnya lebih rangup sebab walau sekedap manapun balang biskut tersebut, jika dibiar pada suhu bilik tanpa seal tetap teksturnya tidak serangup biskut yang disimpan di dalam peti sejuk.


Kepada peminat biskut suji atau biskut kacang, selain biskut Arab, biskut peanut butter dan biskut kacang Mazola, anda bolehlha cuba membuat biskut yang jarang sekali orang buat ni, rasanya pasti tidak menghampakan.


Selamat mencuba!





BISKUT SUJI MENTEGA KACANG RANGUP & CAIR DI MULUT





Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel




Kategori : Biskut (Cookies)

Masa Penyediaan : 30 minit

Masa Membakar :25 minit

Jumlah Hidangan : Anggaran 69 keping






Bahan-bahan





Doh Biskut:



dough from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


90 gram mentega bergaram (lembutkan)/Buttercup/marjerin (1/3 cawan & 1 sudu besar)

70 gram ghee (1/3 cawan) - saya pakai jenama QBB

35 gram mentega kacang berkrim ( 2 sudu besar)

65 gram gula perang (1/3 cawan) - dikisar halus

55 gram tepung suji/Semolina (1/3 cawan) - dikisar halus

28 gram tepung jagung (1/4 cawan)

210 gram tepung gandum (1 & 2/3 cawan)

3 gram baking soda (1/4 sudu teh)




Hiasan:



Topping from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel



20 gram kacang tanah (2 sudu besar) - sangai, buang kulit & dikisar kasar

Putih telur secukupnya






Cara Penyediaan




Di dalam mangkuk pengadun, masukkan ghee, mentega, mentega kacang dan gula perang yang dikisar halus. Whisk sampai adunan pucat (tidak perlu sehingga kembang). Anda boleh pakai hand mixer jika suka.


dough from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


Masukkan tepung suji yang dikisar halus kemudiaan ayakkan tepung jagung, baking soda dan tepung gandum ke dalam adunan. Gaul sehingga menjadi doh menggunakan spatula/ tangan.


dough from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


Alas papan pencanai dengan sekeping kertas pembakar, kemudian letakkan sebahagian doh di tengahnya. Tutup doh dengan kertas pembakar/cling wrap/plastik dan canai setebal 1 cm. Terap doh dengan acuan pilihan (saya pakai acuan bulat), pastikan acuan dicelup dalam tepung dahulu supaya tidak melekat. Kemudian keluarkan doh biskut yang telah diterap menggunakan pisau plastik dan susun di atas loyang pembakar yang telah diglis dengan mentega/dialas dengan kertas pembakar. Ulang langkah sama sehingga doh selesai diterap.


dough from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


Oles permukaan biskut dengan putih telur dan tabur dengan kacang tanah kisar.


Dough from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


Bakar biskut pada suhu 170℃ selama 20 ke 25 minit, sehingga bahagian bawah biskut sedikit kecoklatan. Sebelum itu, panaskan dahulu ketuhar selama 10 ke 15 minit. Bakar biskut pada rak kedua dari bawah/rak tengah dengan api atas bawah.


Baking from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


Setelah siap dibakar, sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Baking from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel




Serving from Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel
Biskut Suji Mentega Kacang Yang Rangup & Cair Di Mulut from thebutterybites youtube channel


10 views0 comments

Kommentare


bottom of page