top of page
Writer's pictureThe Buttery Bites

Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

Assalamualaikum readers..


Salah satu kek coklat cheese yang tengah viral (sebenarnya, dah viral sejak tahun lepas..) ialah kek Tornado. Saya belum pernah makan kek Tornado yang ori, sebab kami memang tak fancy dengan kek coklat sebenarnya. Jadi, tekak memang tak teringin pun nak merasa.

Walaupun saya belum pernah merasa kek Tornado ni, tapi, berdasarkan dari rupanya dan juga resepi-resepi yang dikongsikan di blog dan Youtube, sedikit sebanyak dapat juga memberi gambaran macam mana rasa kek Tornado ni.


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

Kek Tornado ialah kek coklat lembap dengan inti dan topping krim keju yang gebu dan berkrim dan disiram dengan coklat ganache. Parutan coklat/coklat rice atau cip coklat ditabur di atas coklat ganache untuk membuatkan kek nampak lebih menarik dan lebih "sumptious"

Ada pelbagai cara nak buat kek coklat lembap ni. Kalau anda peminat kek coklat, anda mesti biasa dengan resepi kek coklat lembap yang mana serbuk koko, susu pekat, susu sejat, minyak masak dan gulanya dimasak terlebih dahulu, kemudian baru campurkan dengan vanila, tepung, serbuk penaik dan telur. Cara ni mudah juga, kacau-kacau saja kemudian dah boleh bakar atau kukus. Kalau anda nak pakai resepi ini pun boleh.


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

Untuk resepi ini, saya menggunakan cara yang sedikit berbeza dengan versi kek coklat lembap seperti yang saya mentioned kat atas ni.


Resepi kek coklat lembap saya menggunakan buttermilk homemade yang mudah. Campur saja jus lemon dengan susu penuh krim, kacau2 kejap dan biarkan sampai susu mengental, dah jadi lah buttermilk homemade kita.


Selain itu, saya juga tambahkan secawan air kopi panas ke dalam adunan kek bukan untuk memberi rasa kopi, tapi untuk meng"intense"kan lagi rasa coklat pada kek. Air kopi panas juga membantu untuk memecahkan ketulan serbuk koko yang kita telah campurkan terlebih dahulu.

Kek coklat lembap ni saya adaptasi dari Sally Baking Addiction, tetapi saya ubah sedikit mengikut citarasa saya. Tekstur kek coklat ini sangat lembut, lembap dan velvety, memang sangat sedap. Anda boleh kukus dan juga bakar. My Hubby yang tak fancy kek coklat pun cakap kek ni sedap dan tidak terlalu manis.


Inti krim kejunya pula ada dua versi - bajet dan premium. Kalau yang premium tu anda boleh pakai separuh keju Mascarpone dan separuh lagi krim keju Phidelphia. Manakala, untuk versi bajet anda boleh pakai krim keju saja. Saya menggunakan krim putar bukan tenusu untuk membuat inti krim kejunya sebab ianya lebih stabil dan tidak mudah cair, jadi kek boleh dibiarkan lama pada suhu bilik. Krim putar bukan tenusu juga lebih mudah diputar, tidak perlu risau akan terlebih putar untuk elak krim menjadi cair.

Kalau nak letak vanila sikit pada inti krim keju ni pun boleh, tapi saya lagi suka letak jus lemon sebab rasa krim sudah rich dan berlemak, jadi rasa zesty jus lemon ni dapat balancekan rasa inti ni overall.


Untuk coklat ganache, jika anda suka coklat susu, anda boleh pakai, tapi rasanya akan lebih manis ya. Saya prefer pakai coklat gelap sebab rasa coklatnya lebih intense dan rasanya juga kurang manis. Untuk membuat coklat ganache untuk menyalut kek, drizzle atau dicurah atas kek, biasanya kita pakai formula 1:1 iaitu 1 bahagian coklat dan 1 bahagian krim putar tenusu. Saya tambahkan sedikit susu penuh krim dan mentega pada coklat ganachenya, jadi, sukatan krim putarnya saya kurangkan sedikit. Anda boleh adjust sukatan krimnya untuk mendapatkan konsistensi coklat ganache yang anda mahukan ya.



Tonton Video Di Sini 👇👇


Kek Tornado ni makin sedap jika dinikmati setelah disimpan semalaman dalam peti sejuk kerana kesemua rasanya telah sebati.


Kalau anda rajin nak buat sendiri kek Tornado ni di rumah, bolehlah gunakan resepi ini untuk dibuat rujukan.


Selamat mencuba!


Kek Coklat Cheese Ala Kek Tornado


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

Kategori : Kek, Dessert

Masa Penyediaan : 50 minit

Masa Memasak : 25 minit

Jumlah Hidangan : 6 buah kek bersaiz (7 x 3 inci)


BAHAN-BAHAN


Kek Coklat Lembap :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

220 gram tepung gandum | 1 & 3/4 cawan

85 gram serbuk koko | 1 cawan

10 gram baking soda | 2 & 1/2 sudu teh

3 gram baking powder | 1 sudu teh

4 gram garam | 1 sudu teh

200 gram gula pasir halus / gula kastor | 1 cawan

3 biji telur gred A

180 ml minyak masak/ jagung | 3/4 cawan

150 gram susu pekat manis | 1/2 cawan

2 sudu teh esen vanila

250 ml buttermilk | 1 cawan (1 cawan [250 ml] susu penuh krim + 1 sudu besar [15 ml] jus lemon)

250 ml air kopi panas (1 cawan [250 ml] air panas + 1 sudu besar [5 gram] serbuk kopi segera)


Cream Cheese Frosting :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

350 gram krim cheese (suhu bilik)

80 gram susu pekat manis | 4 sudu besar

30 ml jus lemon | 2 sudu besar

400 gram krim putar bukan tenusu (sejuk) | 1 & 2/3 cawan


Coklat Ganache :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

350 gram coklat masakan gelap | Anggaran 2 & 1/4 cawan

30 ml susu penuh krim | 2 sudu besar

30 gram mentega bergaram | 2 sudu besar

250 gram krim putar tenusu | 1 cawan


Hiasan :


Coklat flakes

Coklat chip putih


CARA MEMBUAT


Kek Coklat Lembap :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170℃ dan panaskan air dalam pengukus.

  2. Siapkan homemade buttermilk. Di dalam mangkuk/cawan, masukkan jus lemon, diikuti dengan secawan susu penuh krim. Kacau sebati dan biarkan selama beberapa minit. Setelah campuran mengental, buttermilk sedia untuk digunakan.

  3. Siapkan air kopi dengan mencampurkan secawan air panas mendidih dengan 1 sudu besar serbuk kopi segera. Kacau sebati dan ketepikan.

  4. Ayak bersama tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder. Campur dengan 1 sudu teh garam dan gula. Kacau sebati. Ketepikan dahulu.

  5. Di dalam mangkuk lain, whisk bersama telur, susu pekat manis, minyak masak/minyak jagung, buttermilk dan esen vanila.

  6. Tuang adunan basah ke dalam mangkuk yang berisi campuran tepung. Whisk sehingga sebati dan adunan tidak berketul.

  7. Akhir sekali, tuang air kopi yang masih panas ke dalam adunan. Whisk sehingga sebati.

  8. Spray baking spray atau oles dengan mentega loyang pembakar aluminum bersaiz 7 x 3 x 2 inci ( 17.5 x 7.5 x 5 cm).

  9. Tuang adunan ke dalam loyang aluminum sehingga 1/3 penuh. Untuk lebih mudah, masukkan adunan ke dalam jug supaya mudah untuk tuang adunan ke dalam loyang. Anda akan dapat 6 bekas.

  10. Untuk versi bakar, bakar selama 25 minit pada rak kedua dari bawah dengan api atas bawah, sehingga lidi pencucuk bersih jika dicucuk pada bahagian tengah kek.

  11. Untuk versi kukus, tutup setiap loyang dengan aluminum foil supaya wap air tidak jatuh pada kek semasa dikukus. Kemudian, kukus selama 20 ke 25 minit menggunakan api sederhana rendah, sehingga lidi pencucuk bersih.

  12. Setelah siap dibakar/dikukus, sejukkan dahulu kek pada suhu bilik sementara kita sediakan frosting dan ganache.


Cream Cheese Frosting :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

  1. Di dalam mangkuk, putar krim putar bukan tenusu yang sejuk sehingga krim kental dan gebu.

  2. Di dalam mangkuk lain, Putar krim keju yang telah lembut bersama susu pekat manis sehingga berkrim, kemudian masukkan jus lemon. Putar sebati.

  3. Campurkan krim ke bersama krim keju secara bertahap dan adun secara kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati dan warnanya sekata.

  4. Masukkan frosting ke dalam beg plastik piping dan simpan dalam peti sejuk dahulu sementara sedia untuk digunakan.

Coklat Ganache :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

  1. Potong kecil coklat masakan gelap dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.

  2. Masukkan mentega dan susu penuh krim.

  3. Panaskan krim putar tenusu dengan api sederhana rendah sehingga sedikit berbuih dan berasap. Jangan sampai mendidih ya.

  4. Tuang krim yang panas ke dalam mangkuk berisi coklat tadi.

  5. Biarkan seketika kemudian kacau sehingga ganache berkilat, licin dan tiada lagi ketulan coklat.

  6. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik sebelum digunakan.


MENGHIAS KEK ALA TORNADO :


Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado

  1. Setelah kek sejuk, belah dua setiap kek secara melintang sama tebal.

  2. Masukkan semula bahagian bawah kek ke dalam loyang aluminum.

  3. Paipkan frosting di atasnya.

  4. Tutup dengan bahagian atas kek.

  5. Paipkan lagi frosting di atas kek.

  6. Tuang coklat ganache di atas frosting.

  7. Taburkan coklat flakes/ cip coklat/ parutan coklat masakan / coklat rice dan cip coklat putih di ganache sebagai hiasan.

  8. Kek sedia dinikmati atau untuk lebih sedap, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk sebelum dinikmati.



Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado
Resepi Kek Coklat Cheese Ala-ala Kek Tornado



1 view0 comments

Comments


bottom of page