Assalamualaikum readers...
Resepi kek coklat yang saya akan kongsikan kali ini ialah versi yang menggunakan sour cream. Apakah itu sour cream? Bagi yang tak familiar dengan sour cream, ianya ialah hasil dari campuran krim tenusu dengan bakteria asid laktik. Proses fermentasi ini menghasilkan krim yang lebih pekat dan rasanya masam. Sebab itulah namanya pun sour cream.
Sour cream ni boleh dibuat sendiri dengan cara mencampurkan 1 cawan krim tenusu (heavy cream) bersama dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka dan 1/4 cawan susu. Campurkan kesemua bahan di dalam bekas yang bertutup, kacau sebati dan biarkan pada suhu bilik selama 24 jam sebelum digunakan.
Untuk resepi ini, saya menggunakan sour cream readymade yang boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Kek yang ditambahkan sour cream akan menjadikan teksturnya lebih lembap dan rasanya lebih rich. Kek coklat memang dah sedia sedap, ditambah lagi dengan sour cream, OMG, rasanya memang heavenly! Peminat kek coklat perlu cuba ni.
Mungkin ada yang akan tanya, kek ni akan jadi masam ke rasanya? Nope, jangan risau, despite mengandungi sour cream, kek ni tidak akan ada rasa masam sama sekali, malah rasa coklatnya semakin intense. Untuk menjadikan kek ini lebih sedap dan chocolate-y, saya siramkan ganache di atasnya sebagai topping. Makan sejuk-sejuk memang sedap sangat.
Tonton Video Langkah Demi Langkah Di Sini :
Kek coklat ini menggunakan loyang loaf bersaiz 8.5 x 4 inci, untuk loyang 8 x 8 inci, anda boleh gandakan resepinya.
Selamat mencuba!
Sour Cream Chocolate Cake
Kategori : Kek
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Membakar : 55 minit
Jumlah Hidangan : 1 buku kek loaf
BAHAN-BAHAN :
Kek Coklat :
125 gm mentega bergaram / marjerin (lembutkan) | 1/2 cawan
150 gm gula kastor / gula pasir halus | 3/4 cawan
2 biji telur gred A (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
125 gm sour cream | 1/2 cawan
125 gm tepung gandum / tepung kek | 1 cawan
32 gm serbuk koko | 1/3 cawan
3 gm baking powder | 1 sudu teh
1/4 sudu teh baking soda
60 ml susu segar/ susu penuh krim | 1/4 cawan
Ganache :
110 gm coklat masakan gelap | 3/4 cawan (potong kecil)
80 ml fresh cream / krim putar tenusu | 1/3 cawan
CARA MEMBUAT :
Kek Coklat :
Panaskan ketuhar pada suhu 180℃.
Ayak bersama tepung, baking powder, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega pada suhu rendah selama beberapa saat supaya mentega lembut.
Masukkan gula kastor dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga ringan, kembang dan berkrim.
Masukkan telur, sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
Masukkan esen vanilla dan sour cream dan pukul sehingga sebati.
Masukkan separuh bahan ayak dan pukul dengan kelajuan rendah sahaja sehingga sebati.
Masukkan susu dengan bertahap, sambil memukul adunan dengan kelajuan rendah kemudian masukkan baki bahan ayak dan pukul sebati.
Kaup balik sebentar menggunakan spatula untuk memastikan kesemua bahan telah tercampur sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang loaf bersaiz (8.5 x 4) inci yang telah digris dengan mentega/ marjerin dan dilapik dengan kertas pembakar.
Lalukan lidi pencucuk/chopstick dalam adunan supaya gelembung udara yang besar pecah dan hentak perlahan loyang beberapa kali.
Bakar selama 50 ke 55 minit pada suhu 180℃, atau sehingga lidi pencucuk bersih jika dicucuk pada bahagian tengah kek. Jangan buka pintu oven pada 30 minit pertama sewaktu membakar kek supaya kek tidak bantat. Kek dibakar pada rak kedua bawah dengan api atas bawah.
Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan selama 10 minit.
Lalukan spatula kek atau pisau kecil di bahagian tepi kek untuk mengeluarkan kek dan terbalikkan kek ke atas redai. Biarkan kek suam/sejuk.
Ganache :
Cairkan coklat masakan bersama fresh cream atau krim putar tenusu secara double boil.
Kacau selalu sehingga ganache licin dan berkilat, pastikan tiada setitis pun air yang masuk.
Biarkan ganache sejuk sebentar sebelum dituang ke atas kek.
Menghias Kek :
Terbalikkan kek ke atas papan kek/ pinggan yang bersesuaian supaya bahagian atas kek berada di kedudukan di atas ya.
Siram ganache yang telah sejuk sebentar ke seluruh permukaan kek dan ratakan.
Sejukkan kek sebentar dalam 30 minit dalam peti sejuk supaya ganache sedikit mengeras.
Potong kek dan sedia untuk dihidangkan.
Comments